DETIK ISLAMI - Rasulullah
S.A.W pernah bersabda: Apabila engkau melihat orang yang tidak
berterompah, tidak berpakaian (orang yang miskin), yang tuli,bisu dan
buta menjadi penguasa dibumi, maka itulah tanda-tanda kiamat. (Hadis
Riwayat Muslim)
Imam
Nawawi yang mentafsirkan Hadis ini meyatakan bahawa yang dimaksukan
dengan orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang miskin)
dijadikan pemimpin itu ialah orang yang miskin ilmunya dan miskin
akhlaknya.
Miskin
didalam hadis ini bukanlah bermaksud miskin dari segi wang ringgit dan
harta tetapi miskin disini lebih bersifat tersirat yakni bermaksud
miskin jiwa.
Bisu, tuli dan buta didalam hadis ini pula sama maksudnya dengan Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat ke 18 iaitu :
Bisu,
tuli dan buta. Maka mereka itu tidak akan kembali lagi ke jalan
kebenaran ( sesat). Maka yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam
hadis ini adalah manusia yang sesat itu dijadikan pemimpin (antara tanda
kiamat). Mereka tidak menggunakan panca indera mereka untuk menilai dan
menerima kebenaran seolah-olah pancaindera yang dikurniakan kepada
mereka tersebut telah hilang dan tidak ada gunanya lagi ( Juz 1, bab
Asyratuss'ah Shahih Muslim Syarh An-Nawawi)
Musibah
kehadiran pemimpin-pemimpin daripada golongan yang dungu ini akan
semakin bermaharajalela pada masa-masa terakhir usia dunia ini dan akan
dihilangkanlah oleh mereka ini amanah (amanah rakyat) kerana pekerjaan
atau tugas-tugas kepimpinan tersebut telah diserahkan kepada orang yang
tidak layak untuk memimpin manusia (rakyat jelata). Sedangkan
syarat-syarat untuk menjadi seorang pemimpin didalam Islam adalah
seseorang tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemampuan
dalam bidang Ilmu Syariah yang akan dapat menjadikan pemimpin tersebut
berijtihad dan menggunakan kebijaksanaan fiqh dalam pentadbiran.
Selain
itu seorang pemimpin juga disyaratkan untuk bersifat adil bukan
bersifat fasik. Adil yang dimaksudkan disini bermaksud adil dalam semua
aspek pemerintahan, tidak berdusta dan tidak memakan harta yang bukan
merupakan haknya, tidak melakukan penyelewengan wang kerajaan dan tidak
mengamalkan gaya hidup rasuah serta banyak lagi.
Seorang lelaki Arab awam telah bertanya pada Rasulullah S.A.W, " Ya Rasulullah, bilakah kiamat itu akan terjadi?"
Baginda S.A.W menjawab , "Apabila amanah telah disia-siakan maka nantikanlah kemunculan kiamat"
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan amanah yang disia-siakan?
Baginda
S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan yang penting diserahkan kepada
yang tidak layak untuk memangkunya, maka nantikanlah kemunculan kiamat"
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Renung-renungkanlah sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W dan Firman Allah S.W.T .. sudahkah musibah seperti ini terjadi?
0 komentar:
Posting Komentar